
Sulit
4 tahun
Benjolan pada lubang dubur
Saya belia 18 tahun prmpuan. Saya sakit perut dalam beberapa hari. Jenis saya, kalau saya sakit perut tapi kalau rasa tak boleh nak buang air besar, saya takkan boleh nak buang pun, takkan keluar pun. Tadi saya buang air besar mungkin sebab saya ada makan betik. Tapi agak sakit la nak meneran. Selepas dah buang walaupun masih sakit perut dan tak puas lagi untuk membuang tu, masa saya cuci, saya perasan ada benjolan yang baru tumbuh sebb saya buang air dua kali tadi. Masa cuci yang pertama takde apa ii, tapi yang kedua ni, bila saya cuci, ada benjolan pada lubang dubur saya. Saya cuba tekan untuk prcahkan, tapi tak boleh dan rasa sakit. Bila saya siap smua, saya ambil gmbar untuk tgok dgan lebih jelas. Saya jadi takut lepas tgok sebb benjolan tu bukan satu, ada la beberapa. Ada kecik dan besar. Mcam mana ya doktor?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan kelegaan buat sementara waktu ? Dapatkan ia segera.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dan benjolan yang terdapat pada daerah dubur anda boleh disebabkan:
- Alahan kulit - pada kain seluar atau sabun
- Trauma / luka
- Jangkitan herpes genital
- Penyakit kulit yang lain seperti (jerawat, sifilis, kankroid, dll.)
Atau gangguan saluran pencernaan seperti: - Buasir (buasir yang berat akan disertai dengan gejala berak berdarah)
- Rectal polyp
- Rectal prolapse
- Angin pasang (baca: hernia)
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah yang lebih tepat haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.