
izzuddinmanan94
2 tahun
Berasa tidak selesa ditekak dan mual sepertj angin
Doktor yg dihormati.
Saya dapati diri saya tiada simptom seperti demam. Tetapi ada rasa tidak selesa di tekak saya seperti gatal2 (kadang perlu berdehem). Tidak berasa sakit ketika bercakap,makan, mahupun menelan. Pada masa sama, perut juga terasa seperti masuk angin. Adakah ini berkait rapat dgn wabak Covid 19 atau hanya sekadar keracunan/etc. Mohon pencerahan doktor. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Punca tekak gatal anda mungkin disebabkan oleh:
Perut terasa masuk angin pula boleh disebabkan oleh:
- Anda tidak makan
- Ketidakhadaman makanan
- Ulser perut
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.