
azam
6 tahun
Berikan keterangan tentang sifilis
Apakah itu penyakit sifilis ?
apakah sebab sebab sifilis ?
apkah tanda tanda penyakit sifilis?
jenis rawatan sifilis?

6 tahun
Selamat sejahtera, penyakit sifilis adalah penyakit jangkitan kelamin yang disebabkan oleh bakteria yang berbentuk spiral digelar treponema pallidum atau T.pallidum.
Penyakit ini boleh melarat dalam empat fasa. Fasa pertama adalah apa yang digelar “primary syphilis” dan pesakit akan mendapat simtom yang keluar dalam bentuk ulser atau lebih dikenali sebagai “chancer”. Ia pada mulanya adalah benjolan kecil, merah dan keras, kemudian ia akan pecah meninggalkan bentuk seperti kawah kecil. Fasa ini akan sembuh tanpa rawatan dalam tempoh beberapa minggu hingga sebulan.
Namun begitu, sifilis yang tidak dirawat tidak akan hilang begitu sahaja. Jangkitan ini akan melarat kepada peringkat kedua iaitu “secondary syphilis”. Fasa ini berlaku beberapa minggu sehingga 4 bulan selepas sembuhnya “chancre”. Pesakit akan mendapat ruam di badan pada mulanya dan kemudian ruam ini akan merebak hingga ke seluruh tubuh hingga ke tapak kaki dan tapak tangan. Simtom ini akan pulih dan kembali beberapa kali dalam tempoh setahun.
Sekiranya pesakit masih tidak mendapatkan rawatan, fasa seterusnya adalah “latent syphilis” dimana, pesakit tidak akan mendapat sebarang masalah. Namun ini tidak bermakna pesakit bebas dari jangkitan bakteria treponema ini. Pada peringkat seterusnya iaitu “tertiary syphilis”, pesakit akan mendapat simtom yang lebih teruk di mana berlakunya kerosakan pada banyak organ seperti otak, saraf, hati, jantung, mata dan lain-lain akibat jangkitan ini.
Rawatan bagi penyakit sifilis selalunya adalah dengan antibiotik secara suntikan. Bagi merawat kerosakan organ yang berlaku pada tahap empat, pembedahan seperti mengganti injap jantung adalah diperlukan.

6 tahun
Hai, selamat pagi. Terima kasih untuk soalan anda.
Penyakit sifilis ialah sejenis penyakit jangkitan seksual atau Seksual transmitted disease (STD) yang disebabkan oleh bakteria Treponema pallidum.
Terdapat beberapa tanda atau simptom sifilis, dan ia bergantung kepada peringkat sifilis iaitu;
- Primary – benjolan kecil yang tidak sakit boleh dilihat di kawasan kemaluan, dan bahagian punggung.
- Secondary –ruam merah yang tidak gatal, demam, kelenjar bengkak, sakit tekak, gugur rambut, sakit kepala, kehilangan berat badan, sakit otot, dan keletihan
- Latent – Peringkat di mana terdapat bakteria dalam sistem badan tetapi dalam kuantiti yang sikit dan tidak menimbulkan sebarang simptom. Tempoh peringkat ini boleh mencecah bertahun lamanya.
- Tertiary – peringkat ini ketika bakteria telah merosakkan organ badan dan tidak boleh diubat.
Antara organ terlibat ialah jantung, saluran darah, saraf dan otak. Ini sangat bahaya dan boleh menyebabkan kematian. Namun tidak ramai akan menghidap sifilis hingga ke peringkat ini.
Selain daripada menjauhkan diri dari aktiviti yang berisiko dan menggunakan kondom, sifilis boleh dirawat dengan ubat. Antaranya ialah suntikan antibiotik iaitu suntikan penicillin. Pasangan pesakit juga memerlukan ujian saringan walaupun tidak mengalami sebarang simptom. Aktiviti seksual perlu dihentikan buat sementara waktu sehingga kedua-dua pasangan sembuh dan bebas dari sifilis.