
frhnsawai
5 tahun
Berkenaan Herpes simplex virus
Saya ingin bertny mengenai HSV. Suami sy positive HSV dgn bacaan 12. Sy ingin bertanya. Jika suami menerima rawatan dgn ubat antivirus adakah bacaan tersebut dpt dikurangkan? Utk pngetahuan doktor, suami tdk mengalami sebarang simptom ttp sudah pun mmbuat ujian darah dgn rela hati. Dan doctor di klnik tersebut minta suami utk mngulangi ujian drah utk mengetahui tahap dan bacaan virus tersebut. Suami sy mngalami HSV type 1 & sy juga telah menerima rawatan awal serta sy negative HSV

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Herpes berpunca daripada jangkitan herpes simplex virus (HSV) jenis 1 ataupun 2. Bergantung kepada jenis virus, kebiasannya lokasi jangkitan akan berbeza. Seperti anda, herpes jenis 1 kebanyakannya hanya akan mengakibatkan luka atau lepuh di bahagian mulut manakala bagi pesakit herpes jenis 2, bahagian di sekitar atau pada kemaluan akan terlibat. Walaupun begitu, terdapat juga peratusan kecil di mana penghidap herpes jenis 1 mempunyai masalah pada bahagian alat kelamin juga namun ianya jarang berlaku.
Situasi yang dialami anda sebenarnya bukan sesuatu yang tidak biasa berlaku. Jangkitan virus ini terjadi melalui sentuhan terus kulit, ciuman, perkongsian sudu, pinggan dan garfu serta perkongsian alatan mandi dengan orang yang telah dijangkiti oleh virus ini sebelumnya.
Perkara penting yang anda perlu ketahui adalah virus ini akan berada di dalam tubuh badan anda pada tempoh yang lama. Walaupun luka dan lepuh sudah hilang, ia akan kekal dorman di dalam sel saraf anda dan sekiranya anda jatuh sakit atau demam, ia akan kembali aktif.
Anda disarankan agar berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan bagi masalah ini.