
Sulit
5 tahun
Berpeluh degn banyak
Ank sy beeumur 2 thun. Dia mengalami peluh di kepala dgn bnyk. Sedangakn dia hanya duduk menonton televisoon. Adakah ini normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kuat berpeluh atau Hiperhidrosis boleh dibahagi kepada “idiopathic hyperhidrosis” dan “secondary hyperhidrosis”
Hiperhidrosis idiopatik
“Idiopatik” bermaksud “sebab yang tidak diketahui.” Dalam kebanyakan kes, hiperhidrosis adalah setempat. Orang dengan hiperhidrosis primer biasanya berpeluh dari sejenis kelenjar peluh tertentu yang disebut kelenjar peluh eccrine. Kelenjar peluh eccrine sangat banyak di kaki, telapak tangan.
Hiperhidrosis sekunder
- Kehamilan
- Kencing manis
- Hipertiroidisme
- Menopause
- Obesiti
- Penyakit Parkinson
- Artritis reumatoid/”rheumatoid arthritis”
- Limfoma/”Lymphoma”
- Gout
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih