
Sulit
4 tahun
Bersama ketika haid, haid tak berhenti
Hi doktor, saya pernah bersama dengan suami saya ketika haid. Tetapi saya musykil kerana haid saya tidak berhenti selama seminggu. Kebiasaannya haid saya tamat selepas 4-5 hari. Tetapi sehingga hari ini haid saya masih banyak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat petang. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu Haid tidak berhenti. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Haid berpanjangan melebihi kitaran normal kerap berlaku dikalangan wanita dewasa. Masalah ini boleh berlaku disebabkan oleh banyak perkara, antaranya ialah :
Dysfunctional uterine bleeding atau istihadah (punca paling biasa)
Penggunaan intrauterine contraceptive device atau IUCDGanggguan anatomi (i.e. polip, kista ovari, fibroid, endometriosis, dll)
Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
Pelvic inflammatory disease atau radang pelvis kronik
Kanser di pintu rahim atau dinding rahim
atau gangguan dari organ yang lain seperti: Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
Sistem bekuan darah yang tidak normal
Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Anda perlu segera berjumpa doktor yang berdekatan sekiranya mengalami simptom dibawah :
Pitam atau kelesuan badan
Kejang atau menggigil
Mual dan muntah
Pening atau sakit kepala yang berat
Aktiviti atau kerja harian amat terganggu
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih