
Sulit
5 tahun
Bersama ketika waktu subur
Saya wanita berumur 40an dan seorang ibu tunggal. Saya telah melakukan hubungan sex bersama kekasih pada 23hb april iaitu waktu kesuburan. Kebiasaannya period saya akan datang setiap 7hb setiap bulan. Apakah peratusan saya mengamdung sangat tinggi dan bagaimana caranya untuk saya mengelak daripada terjadinya janin di dalam rahim. Saya.tidak mahu kandungan ini. Tolong syorkan ubat yang boleh mengelak terjadinya janin dan dimanakah boleh didapati ubat ini?
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda boleh mengulangi UPT sekiranya masih kurang pasti tentang statu kehamilan anda. Kami tidak menyediakan perkhidmatan pengguguran janin berdasarkan undang-undang negara kita. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.