
ayahlim62
2 tahun
Bersedu dan sendawa dgn kerap
Adakah brsedu ada kaitan dgn gastrik

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sedu ini boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Minum minuman berkarbonat
- Minum terlalu banyak alkohol
- Makan terlalu cepat
- Makan terlalu banyak
- Keghairahan atau tekanan emosi
- Perubahan suhu mendadak
- Merokok
- Penyakit refluks
- Kerosakan saraf atau kerengsaan saraf
- Penyebab sedu jangka panjang adalah kerosakan kepada atau kerengsaan saraf vagus atau saraf frenik, yang berfungsi mengawal otot diafragma
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.