
marlinaghani6
2 tahun
Bertanya bab rahim wanita
Salam doktor saya ingin bertanya soalan … Ni berkaitan 1 buah pinggang dan 2 Rahim. Jadi di sini apa maksudnya 2 rahim ni doktor ? Sebab saya dapat tahu ini doktor daripada pihak hospital Sabah juga yang telah merawat saya sebab doktor dari semenanjung yang bagi tau saya semasa saya buat opreat… Jadi sampai sekarang ni saya tertanya tanya apa tu 2 rahim? Mohon penjelasanNya… Terima kasih doktor

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, keadaan yang anda hidapi berkemungkinan adalah kondisi yang dipanggil “uterus didelphis”. Keadaan ini berlaku apabila seorang wanita itu mempunyai dua rahim dan bukan satu seperti kebanyakan wanita. Punca kewujudan dua rahim adalah disebabkan proses pembentukan rahim yang tidak normal semasa dalam kandungan.
Biasanya, disebabkan kewujudan dua rahim ini, pesakit yang mempunyai kondisi ini hanya mempunyai satu buah pinggang yang berfungsi dengan normal.
Sekiranya anda mengalami sebarang masalah berkaitan kondisi ini, anda disarankan untuk merujuknya dengan lebih lanjut. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lanjut dan konsultasi peribadi tentang keadaan yang anda hadapi. Terima kasih.