
Sulit
3 tahun
Berwarna coklat dan sedikit merah
saya berumur 19 belum berkahwin . semalam saya ada bersenam agak lasak , selepas selesai bersenam dlm brpa minit tetiba keluar dara . ada pecah dara atau apa ?

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala pendarahan haid berwarna coklat. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
Gejala lendiran atau tompokan berwarna coklat yang dialami secara tiba-tiba boleh dikaitkan dengan kitaran haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca keluarnya cecair coklat dari faraj. Antara punca utama termasuk:
- Ovulasi
- Perimenopaus
- Kehamilan
- Tisu endometrium
Atau ia juga boleh disebabkan oleh
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil
- Penggunaan ubat tertentu
- Masalah kesihatan - sindrom ovary polycystic atau masalah
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik
Kami menyarankan anda supaya merujuk perkara ini kepada doktor untuk mendapatkan diagnosis yang sebernarnya serta rawatan yang tepat.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk bantuan yang lanjut.
Harap jawapan kami membantu anda. Terima kasih!
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar sakit puan.