
Sulit
4 tahun
Betis melecur dan bengkak
saya ingin bertanya jika betis terkena eksoz moto dan kawasan luka mempunyai gelembung air…bila gelembung air tu pecah,saya sapu ubat kemudian betis saya membengkak dan buatkan saya sakit bila berjalan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Pada pendapat saya, anda amat digalakkan untuk berjumpa dengan doktor di klinik terutama sekali jika kawasan yang terkena adalah besar. Hal ini kerana anda berkemungkinan memerlukan dressing secara betul agar kawasan tersebut tidak terkena jangkitan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.