Sulit
3 tahun
Betis slalu kekejangan
boleh saya tahu simptom2 betis kekejangan…lepas kekejangan pada betis kaki saya terus berasa sakit… adakah itu 1 penyakit…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kekejangan betis yang anda alami boleh disebabkan:
- Ketegangan otot betis - dari aktiviti bersukan, atau pemakaian kasut tumit tinggi
- Kurang potassium/kalsium atau vitamin B12/B6
- Bagi mereka yang mempunyai darah tinggi atau kencing manis - penyakit arteri periferi
- Masalah saluran darah dalam tersumbat - sekiranya ada berjalan jauh dengan bas atau kapal terbang
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
































