
Sulit
5 tahun
Biji air halus d tapak tangan
Saya surirumah anak 2 berumur 25 tahun. Smlm sy bru period. Slpas anak sy umur 1thun 7bulan. Pagi ni sy bangun nk pergi kedai. Tgn terasa gatal mcm sy pernah kene sebelum ni sbb kerap cuci pinggan. Naik biji mcm butir a8r. Butir halus ada mata. Skrg dh naik dekat tapak kaki kiri kanan dua2 tgn pun kene. Adakah sbb hormon bdn lepas period yg dh bertahun datang? Sejarah keluarga. Adik sy ada eksema yg teruk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya dapati anda mengalami ruam di jari. Namun begitu, maklumat yang diberikan tidak mencukupi untuk kami memberikan jawapan yang dikehendaki. Oleh itu berikut hanyalah sebab-sebab umum ruam. Antaranya:
Lepuh akibat geseran (friction blister)
Cacar air (chicken pox)
Kayap (shingles)
Dermatitis
Alahan pada ubat
Alergi
Gigitan serangga
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya masalah ini berterusan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.