Sulit
4 tahun
Bintik-bintik di lengan
saya mengalamai bintik bintik di lengan. jadi mengapa ya doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu bintik-bintik di lengan. Terdapat beberapa punca yang meyebabkannya. Antaranya ialah:
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis.
- Heat rash
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
- Kanser seperti limfoma dan Kaposi sarcoma
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya gejala ini mengganggu aktiviti harian anda supaya rawatan serta kesimpulan yang sempurna boleh diperolehi.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih


































