
Sulit
4 tahun
Bintik-bintik gelembung berisi air
Suami saya berumur 27 tahun dan baru-baru ini dia mendapati terdapat bintik-bintik gelembung di bawah kepala zakarnya dan mempunyai air apabila dipecahkan. Sekarang dia mengadu pedih di tempat luka itu. Dia tak gatal atau pedih apabila kencing. Kenapa gelembung itu boleh muncul doktor? Apa rawatan yang sesuai untuk masalah suami saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Waalaikumsalam. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Fordyce spots
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor lebih-lebih lagi sekiranya bintik tersebut semakin parah atau tidak sembuh.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah