
Sulit
4 tahun
Bintik kecil yang gatal pada tangan dan kaki
Bermula dengan bintik yang kecil yang gatal kemudian bila digaru dia akan menjadi berair pada bintik,dan makin lama dia akan menjadi besar.dia berair dan rasa sangat gatal

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kebimbangan atas gejala bintik-bintik berair pada badan anda. Maklumat yang anda berikan adalah tidak cukup untuk mengenalpasti masalah anda dengan lebih tepat.
Kami memerlukan maklumat yang lebih mendalam seperti kemerahan, gatal, bentuk dan juga gejala am yang lain seperti demam, berpeluh pada waktu malam dan beberapa maklumat lain ayng berkaitan. Oleh itu, jawapan diberi hanyalah jawapan am mengenai masalah anda.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk makluman anda, gejala bintik-bintik berair boleh disebabkan oleh beberapa jenis penyakit:
- Penyakit alahan kulit
- Ekzema
- Jerawat pada badan
- Chicken pox (Cacar) atau Shingles (Kayap)
- Bullous Pemphigoid - Penyakit autoimun yang lecetan berair pada bahagian badan berlipat
- Jangkitan kuman seperti Impetigo
- Herpes
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda yang berdekatan. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.