
Sulit
5 tahun
Bintik merah dan berair
Hi doktor. Saya berumur 20’an. Lately ni area tgn saya ada bintik merah timbul dan
berair. Apa punca gatal2 tu berlaku ye doktor? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya dapati anda mengalami ruam di jari. Namun begitu, maklumat yang diberikan tidak mencukupi untuk kami memberikan jawapan yang dikehendaki. Oleh itu berikut hanyalah sebab-sebab umum ruam. Antaranya:
Lepuh akibat geseran (friction blister)
Cacar air (chicken pox)
Kayap (shingles)
Dermatitis
Alahan pada ubat
Alergi
Gigitan serangga
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya masalah ini berterusan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.