
Sulit
4 tahun
Boleh ke pesakit athritis sembuh
Ibu saya sakit sendi-sendi sejak pertengahan tahun 2015, mula-mula dia hanya makan ubat tahan sakit 3 hari sekali. Dan dia tidak mahu pergi hospital, makin hari makin teruk sakitnya, hingga terpaksa makan ubat tahan sakit sehari sekali dan sakit di semula bahagian sendi-sendi. Tahun lepas bulan 10 dia dah jumpa doktor, dan doktor kata ibu saya ni ada sakit athritis. Tapi bulan 4 tahun ni temujanjinya tertangguh disebabkan PKP. Saya ada juga suruh ibu saya pergi hospital semua, tapi dia kata tak nak, sebab ada orang kata yang pesakit athritis ni tak boleh sembuh, paling pun ubat tahan sakit ja yang di bagi. Soalan saya betul ke pesakit athritis ni tiada boleh sembuh.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, penyakit keradangan pada sendi ataupun dikenali sebagai Arthritis boleh sembuh menggunakan rawatan rapi yang dirancang oleh doktor anda. Namun, terdapat satu penyakit kronik arthritis yang dikatakan tidak mempunyai penawar iaitu Rheumatoid Arthritis, yang disebabkan oleh penyakit autoimun badan yang menyerang sel-sel pada kawasan sendi.
Namun, doktor akan memberikan ubat penahan sakit bagi mengurangkan simptom-simptom yang dialami oleh ibu anda. Mereka juga akan mendapatkan ubat-ubat khas yang memerlukan dos yang terkawal untuk ibu anda seperti ubatan yang mengurangkan kekuatan imun badan bagi mengurangkan serangan yang berlaku. Ubat-ubatan ini adalah terkawal kerana ia boleh merosotkan sistem pertahanan imun ibu anda dan boleh menyebabkan ibu anda mudah dijangkiti kuman dan virus.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya untuk ibu anda dan mengikut garis panduan rawatan yang ditetapkan oleh doktor anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.