
Sulit
5 tahun
Bolehkah pesakit hepatitis b berkahwin dengan pesakit hepatitis b?
Bolehkah pesakit hepatitis b berkahwin dengan pesakit yang juga mengalami hepatitis b? Apa effect nya untuk masa yang akan datang?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Tiada masalah sekiranya seseorang yang mempunyai penyakit hepatitis B ingin berkahwin dengan pesakit hepatitis B yang lain. Dari sudut agama dan undang-undang tidak mempunyai apa-apa implikasi. Namun dari sudut kesihatan, kedua-dua pasangan seharusnya memaklumkan kepada klinik kesihatan agar pemeriksaan serta ujian darah boleh dibuat untuk melihat status hepatitis B samada terkawal ataupun tidak. Jika perlu, maka mungkin kedua-dua pasangan akan diberikan ubat serta nasihat berkaitan untuk mendapatkan cahaya mata. Risikonya adalah kepada anak dimana penyakit ini boleh dituruni kepada anak, namun ada beberapa cara untuk mengurangkan risiko serta kawalan penyakit sekiranya anak dijangkiti penyakit ini.
Pada masa kini, sekiranya pesakit hepatitis B mengikuti langkah rawatan dan pencegahan yang disyorkan, komplikasi penyakit ini sangat rendah kepada pesakit mahupun kepada anak. Oleh itu, pesakit hepatitis B disarankan untuk membuat temujanji bersama doktor diklinik kerajaan/swasta untuk mengikuti langkah-langkah seterusnya sebelum perkahwinan dapat diteruskan. Sekian