
Sulit
3 tahun
Bonjolan di belakang kepala
Anak saya berumur 1 tahun 7 bulan ada bonjolan kecil sebesar (separuh guli) dibelakang kepalanya. Hampir 2 minggu bonjolan itu masih ada lagi. Saya tidak pasti punca bonjolan berlaku. Keadaan anak saya aktif. Apabila ditekan secara perlahan di bahagian bonjolan itu anak seperti tidak selesa. Apa yang perlu saya lakukan dan adakah keadaan ini membahayakan dirinya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan diatas, anak anda mengalami benjolan di belakang kepalanya. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang hadapi oleh anak anda boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
Namun begitu, masalah yang anak anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.