
Sulit
4 tahun
Buah Zakar sebelah kanan besar sedikit dan kadangkala lenguh
Saya pelajar umur 24. Buah zakar saya sebelah kanan besar sedikit dan agak pelik bentuknya. Dan kadangkala terasa lenguh. Saya juga punyai masalah zakar benkok sedikit dan masalah terkucil selepas buang air kecil.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami bahawa anda mengalami masalah di mana saiz buah zakar anda tidak sama. Kondisi ini boleh terjadi disebabkan oleh variasi normal kerana saiz zakar untuk setiap lelaki adalah berbeza untuk kedua-dua belah. Untuk mengulas lanjut, pemeriksaan testis perlu untuk dilakukan bagi membezakan antara yang normal atau sebaliknya.
Gejala zakar bengkok ini boleh disebabkan:
- Zakar bengkok atau penyakit Peyronie/Peyronie’s disease adalah lengkungan zakar yang tidak normal yang disebabkan oleh tisu parut (fibrous scar tissues) dalam tisu ereksi.
- Ia adalah keadaan di mana zakar apabila tegaang atau mula mengeras, ia akan mula melengkung secara tidak normal.
- Oleh kerana tisu parut menghalang zakar untuk mengembang secara keseluruhan, lengkungan itu akan menjadi paling jelas semasa ereksi. Ia adalah salah satu punca yang jarang berlaku untuk disfungsi ereksi - keadaan di mana seorang lelaki mengalami kesukaran untuk mencapai atau mengekalkan ereksi.
- Lengkungan ini juga boleh menjadi sangat teruk sehingga mengganggu hubungan seksual.
- Penyakit Peyronie biasanya terjadi dalam kalangan lelaki berusia 50 tahun ke atas.
Bagi masalah terkucil pula, ia boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- stress incontinence - akibat tekanan dalam perut yang meningkat
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Penyakit kencing manis
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.