
restyifzan
4 tahun
Buang air besar ada darah menitik tiba-tiba
Salam doktor…saya berumur 32thn. Sebelum mengandung & melahirkan anak sy tidak pernah mengalami masalah seperti sembelit & ada darah menitik ketika membuang air besar…slps bersalin pd bln6 thn 2018 & semasa mengandung sy selalu sembelit.slps bersalin pula sy sembuh dr sembelit slps 5/6bln (slps bsalin) tiba2 dlm bln ke7/8 sy buang air besar ada darah menitik2.slps tu keesokan harinya tiada…sampai la pd hari jumaat lps 28hb/6 sy buang air bsr lg & darah jg menitik keesokan harinya tiada tp hari ni 30hb/6 ada lg…sy tdk rasa sakit pada perut/atau pn d bhgn anus…kenapa kah ia terjadi doktor…sy mula risau.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejalayang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Buasir
- Komplikasi sembelit
Para wanita hamil sering mengalami buasir semasa trimester ketiga atau setelah melahirkan anak. Sembelit tersebut juga mungkin punca buasir muncul sekarang. Najis yang keras juga boleh menyebabkan geseran pada kulit dubur dan menyebabkan najis berdarah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.