aceling22
5 tahun
Buku lali bengkak berlanggar kaki kawan
Saya lelaki 19 tahun buku lali Saya berlaga dengan kaki kawan …mula2 just sakit2 biase je…lepas balik bilik jadi bengkak …Saya balik urut dengan pakcik Saya …bengkak tu dah surut …lepastu esoknya Saya main…beberapa Hari lepastu bengkak tu Naik balik…apakah rawatan yang perlu Saya dapatkan, tempoh untuk sembuh, Dan makanan yang perlu diambil untuk merawat dengan lebih cepat???
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, bengkak buku lali anda kemungkinan besar adalah reaksi yang disebabkan oleh soft tissue dan saluran darah yang tercedera dalam kelanggaran tersebut. Untuk menyurutkan bengkak tersebut, anda boleh memberikan hot compression menggunakan tuala hangat basah atau heating pad di tempat yang bengkak tidak lebih daripada 20 minutes. Ulang balik hot compression sebegini setelah 5-10 minutes. Ini dapat membantu meyelaraskan aliran darah di tempat yang bengkak dan menyurutkan bengkak.
Walaobagaimana pun, sekiranya keadaan tidak bersembuh-sembuh, saya sarankan anda untuk buat pemeriksaan di clinic yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan yang lebih berkesan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami atas talian secara peribadi mengenai masalah ini. Terima kasih.
































