
nursuliza99
2 tahun
Buncit bawah pusat tekan terasa ingin kencing
Perut saya buncit bawah perut tapi keras apabila tekan terasa ingin buang air kecil badan saya semua nya sakit payudara tak selalu nya sakit time dia terasa dia terasa time tak terasa tak terasa apabila sentuh payudara terasa sakit perut macam sembelit selalu sakit kenapa pada waktu petang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda sebutkan, gejala-gejala diatas boleh disebabkan:
- Sindrom Pre-menstruasi
- Kehamilan
- Fibroid didalam rahim
- Sista ovari
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.