Sulit
4 tahun
Cara Perancang keluarga
Saya baru lepas bersalin 5 bulan (czer)
Saya dinasihat utk perancang keluar,lelas 1st suntik i notice berat badan naik walaupun tak makan banyak,rambut banyak gugur,and period 3bulan langsung tak keluar
So i ingat nak stop perancang.boleh ke?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, metode perancangan keluarga adalah tidak terhad kepada cara suntikan sahaja.
Sekiranya anda berasa tidak selesa dengan metod suntikan, tersedia perancangan keluarga jenis lain, menurut urutan daripada yang paling efektif seperti:
- Implant
- Intrauterine contraceptive device (IUCD)
- Pil perancang keluarga
- Patch
- Vaginal ring
- Diaphragm
- Kondom lelaki, kondom wanita
- Cervical cap
- Kalendar
- Spermicide
Bagi menggantikan metod perancangan keluarga anda, seharusnya merujuk doktor agar dapat ditentukan kesesuaian metode dan waktu yang tepat untuk bertukar kaedah perancangan keluarga.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.