
Sulit
4 tahun
Cecair coklet keluar dari virgina
saya wanita berumur 20 tahun mengalami cecair coklet keluar dari virgina. saya ingin tahu penyebab nya masalah ini bermula semalam. saya fikir kemungkinan nak period. tapi, saya mahu keterangan doktor
sebab saya tidak pernah mengalami masalah tersebut sebelum ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah yang anda sedang hadapi. Menurut kenyataan anda, anda mungkin mengalami spotting ataupun pendarahan antara dua waktu haid (dikenali sebagai intermenstrual bleeding ).
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Antara sebab mengapa berlakunya spotting adalah:
- Endometrial polyp
- Endometriosis atau adenomyosis
- Implantasi di dinding rahim
- Perubahan hormon di dalam badan
- Kecederaan pada dinding faraj
- Jangkitan pada faraj atau organ pelvis
- Kanser pintu atau dinding rahim
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Antara perkara yang anda boleh lakukan adalah merekod kitaran dan aliran haid anda pada setiap bulan di dalam diari ataupun aplikasi di telefon pintar anda. Ini dapat memudahkan anda dan doktor untuk melihat kitaran haid anda dan mengenalpasti perubahan mengenai haid anda.
Ini hanyalah pandangan am kami mengapa anda mengalami spotting berdasarkan kenyataan anda di ruangan soalan. Pemeriksaan lebih lanjut perlu dilakukan kepada anda untuk mengetahui punca sebenar dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Jika anda mempunyai masalah dan pertanyaan lain, anda boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.