
Sulit
3 tahun
Cyst dan ada bengkak dalam perut
Saya berumur 21 tahun… saya sudah berkahwin… sy ada cyst … saya nak tahu… boleh ke saya amalkan suppliment yang ada collagen… terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, anda boleh ambil supplement mengandungi collagen, ia tidak akan mempengaruhi sista anda. Namun, sila ambil supplement tersebut mengikuti arahan atas kotak, jangan berlebihan.
Sekiranya ia menyebabkan kesan sampingan seperti alahan, rasa kenyang atau pedih ulu hati, sakit perut, loya dan muntah, sila merujuk perkara ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.