
Sulit
5 tahun
Darah berwarna hitam pekat turun, selepas seminggu habis haid
Saya gadis berumur 20 tahun. Saya ingin bertanya adakah normal jika saya datang haid pada bulan 6/1/20… Lepastu bulan 3/2/20… Sebelum ini kitaran haid saya adalah normal saya akan datang haid pada setiap bulan… Tapi pada tahun nii bulan 2 saya agak bimbang kerana saya datang tarikh 3/2/20 … Saya mandi wajib pada tarikh 15/2/20 … Selepas seminggu darah haid saya turun lagii tapi berwarna koko gelap seakan hitam… Dia datang setiap kali saya bangun tidur… Masuk hari ini dah 4 hari berturut²… Tapii darahh tu tidak bau seperti darah period yang biasa saya datang… Saya confius… Samada itu darah penyakit ataupun hanya darah period biasa yang tak perlu saya risaukan… Sebab sudah hampir sebulan ni saya period… Adakah perlu untuk saya mendapatkan rawatan dari pihak hospital… Atau itu hanyala perkara biasa yang sering berlaku terhadap golongan gadis seperti saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah darah berwarna koko atau spotting boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
- Perimenopaus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.