
Sulit
3 tahun
Darah di vagina setslah operation membuang rahim dan ovari
Saya berumur 34tahun dan merupakan pesakit kanser rahim…saya baru je lepas operation buang rahim dan ovari… Sekarang telah sebulan lebih selepas pembedahan… Namun sejak 3 hari lepas sy dapati ada darah di vagina… Ia tidak lah banyak… Tapi bile dilap dgn tisu ada darah…dan sy tak rasa ade keluar besama kencing kadangkala… Adakah ia normal dan apakah puncanya?
Terima kasih doktor

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang dalam salur kencing
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory disease )
- Jangkitan pada faraj
- Luka pada faraj
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan punca masalah anda dapat dicari dan seterusnya mendapatkan rawatan.
Sila jumpa dengan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala di bawah:
- Gangguan aktiviti harian atau tidur
- Terdapat cecair yang berbau atau nanah keluar dari kemaluan anda
- Demam
- Sakit dan kerap membuang air kecil
- Lemah dan lesu
- Hilang selera makan
- Berat turun mendadak
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.