
illykhashah
4 tahun
Darah haid sedikit sekitar Cycle Day 3
Hi Doktor. Saya wanita berusia 28 tahun dan baru 8 bulan berkahwin. Sejak 2 bulan lepas hingga sekarang, saya mengalami masalah darah haid yang sedikit bermula Cycle Day 3. Pada CD1 & CD2 sy mengalami senggugut & period yg normal. Saya agak risau kerana bulan sebelumnya adalah haid normal selama 6 hari. Adakah ini kerana hormon & menyukarkan untuk menimang cahaya mata? Terima Kasih Doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kitaran haid yang pendek.
Untuk makluman anda, kitaran haid yang biasa adalah sepanjang 28 hari, dan wanita akan mengalami haid selama 3-5 hari setiap bulan. Pendarahan haid yang sedikit boleh disebabkan oleh:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus (untuk wanita berusia)
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Walaubagaimanapun, jawapan ini hanyalah keterangan am dan pemeriksaan lanjut perlu dilakukan di hospital atau klinik bagi mengetahui keadaan sebenar.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.