
Sulit
4 tahun
Darah keluar xberhenti
Kenapa selepas sy ambil suntikan pencegah kehamilan…saya tidak datang bulan…selepas itu sy tidak mengambil suntikan itu…selepas itu saya dapati keluar darah secara sikit ² dan selepas sakit pinggang dlm 2 minggu lebih keluar darah ketul…sy selalu pening…tapi sy buat tidak tahu kerana saya mempunyai gastrik teruk selepas czer ank pertama…sy juga pergi ke klinik…doc kata itu biasa…sy runsing dekat sebulan masih turun darah…adakah perlu sy jumpa doc

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan yang anda dalam hal ini iaitu haid berpanjangan. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor risiko seperti usia dan masalah kesihatan yang boleh menjejaskan kitaran haid. Bagi hampir 50% wanita yang mengalami masalah ini, punca haid berpanjangan tidak diketahui.
Namun, ia adalah penting seseorang itu mendapatkan pemeriksaan yang teliti untuk mengenalpasti jika terdapatnya sebarang masalah melalui sesi bersoal tanya mengenai gejala yang dialami, pemeriksaan fizikal serta ujian tambahan.
Kadangkala, punca menstruasi berlebih disebabkan oleh apa-apa penyakit atau keadaan yang boleh menjejaskan struktur dan fungsi rahim dan ovari seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding atau istihadah (punca paling biasa)
*** Penggunaan intrauterine contraceptive device atau IUCD** - Ganggguan anatomi (i.e. polip, kista ovari, fibroid, endometriosis, dll)
- Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
- Pelvic inflammatory disease atau radang pelvis kronik
- Kanser di pintu rahim atau dinding rahim
atau gangguan dari organ yang lain seperti:
- Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
- Sistem bekuan darah yang tidak normal
- Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Buat sementara waktu anda boleh:
- Kerapkan bersenam (yang ringan atau sesuai kondisi tubuh)
- Mengambil suplemen seperti:
- zat besi (menggantikan sel darah merah yang hilang)
- vitamin B & D (membantu gangguan kitaran haid)
- fish oil (boleh membantu dalam mengurangkan krem haid)
- rehat secukupnya
- mencatatkan perkembangan gejala (sekiranya berlaku)
Anda perlu segera berjumpa doktor yang terdekat semula, sekiranya mengalami:
- Pitam atau kelesuan badan
- Kejang atau menggigil
- Mual dan muntah
- Pening atau sakit kepala yang berat
- Aktiviti atau kerja harian amat terganggu
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda dan rakan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!