
Anonymous
5 tahun
Darah nifas dan keputihan
Saya berumur 31 tahun dan baru melahirkan anak ke tiga lapan hari yang lepas.Sejarah ketika mengandung pernah mengalami keputihan yang banyak,kadangkala berbau bermula 7 bulan kehamilan sehingga melahirkan.Sample hvs pernah diambil result menunjukkan candida albican.Saya telah diberikan ubat peseri.Namun masalah keputihan masih berlanjutan sehingga beranak.Soalan saya mengapakah darah nifas hanya keluar selama 7 hari sahaja?dan pada hari ke 8 langsung tiada darah yang ade hanya keputihan berwarna kekuningan yang berbau dlm amaun yang banyak.Adakah ini keputihan yang ade sejak saya mengandung lagi?Adakah ia normal?Adakah mungkin ada masalah lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputihan yang dialami ketika mengandung serta bersalin boleh terjadi kerana:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Hakisan serviks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.