
Sulit
4 tahun
Demam, batuk, sakit tekak, sakit sendi namun tiada sejarah perjalanan ke luar negara
Saya wanita dalam lingkungan 20-an. Saya telah mengalami demam, batuk dan sakit tekak dalam seminggu. Demam saya kebah selepas makan panadol namun demam saya akan datang balik selepas itu. Batuk saya pula terasa perit dan tidak mempunyai kahak dan tekak saya berasa sakit. Saya juga kadang merasa sakit-sakit sendi. Saya tiada sejarah perjalanan ke luar negara namun saya pernah pergi bank yang telah dibuka semula selepas didapati ada kes positif covid-19. Saya juga ada pergi ke pasar raya sebelum mengalami simptom-simptom ini.Adakah saya perlu ke hospital untuk pemeriksaan?

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Seperti yang anda sedia maklum, gejala COVID-19 ini adalah umum dan sangat berkait rapat dengan penyakit lain. Oleh itu, sukar untuk membezakan sebab gejala yang anda hadapi dengan hanya mengetahui simptomnya sahaja. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Selain COVID-19, gejala tekak gatal boleh disebabkan oleh:
- Radang tekak
- Jangkitan virus atau bakteria
- Allergic rhinitis
- Alahan makanan
- Dehidrasi
- Refluks asid dari perut
Oleh kerana itu, penilaian risiko diperlukan bagi membantu membuat keputusan. Justeru anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Untuk makluman anda, ujian saringan COVID-19 dijalankan di hospital kerajaan secara percuma namun bagi mereka yang berisiko tinggi sahaja.
Anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini saya ingin mengingatkan anda supaya tinggal di rumah dan hanya keluar sekiranya perlu. Semoga dengan kerjasama semua pihak, wabak ini dapat dibendung sebelum ianya semakin parah. Terima kasih.