
Sulit
4 tahun
Demam dan badan terasa suam suam sejuk
Saya berumur 17 tahun dan pada 9/1//2021 saya keluar berjoging pada pagi tersebut dan setelah selesai berjoging saya pulang ke rumah dan pada malam hari tersebut saya mengalami sakit otot dan lenguh pada kaki dan badan saya terasa panas … Saya telan ubat panadol dua biji sebelom tido dan keesokkan harinya badan saya masih terasa suam suam sejuk dan saya teruskan makan ubat panadol dua biji sehari dan saya rasa tahan sedikit dan pada keesokkan harinya pula saya masih terasa panas pada badan saya tetapi ahli keluarga saya yang lain tidak menunjukkan simptom simpton badan panas seperti saya … Saya tidak tau saya demam atas dasar penat atau jangkitan covid-19 saya harap doktor boleh menjawab soalan saya terima kasih.

4 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan potensi gejala positif COVID-19
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk makluman anda, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Namun gejala yang anda alami juga boleh disebabkan oleh:
- badan terlalu penat
- keletihan otot (muscle fatigue)
- impak tubuh yang normal setelah bersenam
- atau faktor lain yang memerlukan perhatian secara langsung dengan doktor di klinik atau hospital
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini