zzaimulemma
5 tahun
Demam, sakit tekak dan selesema
Hello doktor, sy wanita berumur 24tahun.
Seorang surirumah.
Sedia maklum sekarang sedang tular wabak coronavirus.
Disini sy ingin bertanya apakah simptom virus corona yg perlu diambil tindakan segera?
Ini kerana sy mengalami demam, batuk, sakit tekak dan selesema.
Sy risau jika ini adalah tanda2 virus tersebut.
Tetapi sy hanya demam sehari tanpa selesema atau batuk kemudian apabila demam pulih, sy diserang selesema,batuk dan sakit tekak secara serentak…
Sy ingin minta penjelasan doktor, adakah ini salah satu tanda coronavirus atau faktor lain?
Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, WHO dan CDC menetapkan bahawa tiga gejala utama novel coronavirus COVID-19 adalah seperti berikut:
- demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
- batuk
- sesak nafas
Namun gejala diatas sahaja tidak cukup untuk menentukan risiko jangkitan tersebut pada anda. Perlu dikaji lanjut riwayat perjalanan anda ke negara China ataupun negara dengan kejadian kes COVID-19 yang tinggi, serta maklumat lanjut tentang riwayat kontak dengan pesakit yang positif COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan untuk merujuk doktor berkaitan coronavirus ini.
Dalam usaha membendung penyebaran virus, KKM telah bekerjasama dengan DoctorOnCall dalam mempersiapkan portal khas untuk merujuk tentang coronavirus di link ini (COVID-19 Portal). Memandangkan konsultasi doktor (Tanya Doktor Pakar KKM) hanya tersedia pada jam bekerja (0830-1700), anda boleh melakukan kuiz untuk menilai risiko COVID-19 terlebih dahulu. Bagaimanapun sekiranya terdapat kecemasan, sila langsung menghubungi talian kecemasan 999.
Selain coronavirus, jika hanya berdasarkan penjelasan anda, gejala yang anda alami sebenarnya boleh juga disebabkan oleh penyakit lain, seperti:
- jangkitan virus influenza
- jangkitan saluran pernafasan atas
- sinusitis (akibat jangkitan di rongga tengkorak)
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































