
asma.fatimah95
5 tahun
Demam+selsema+sakit tekak hampir 2 minggu
Saya bekerja dihospital, dah hampir 2 minggu demam I’m off, bergantung pada penadol. Should I go to emergency?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera!
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan virus atau bacteria
- radang paru-paru
- penyakit tibi
- COPD
Anda boleh merujuk masalah ini kepada mana-mana doktor di klinik berdekatan kerana tempoh demam anda berpanjangan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.