
Sulit
5 tahun
Demam serta muntah-muntah
Saya ingin bertanyakan, mula-mula ibu saya mengalami muntah-muntah dan demam. Saya membawanya ke klinik untuk dapatkan rawatan kerana takut keracunan makanan. Sampai sahaja di klinik, doktor cakap yang acid penuh dalam perut ibu saya. Setelah itu doktor memberikan ibu saya ubat demam, acidity, muntah dan angin. Setelah makan ubat yang doktor berikan, keadaan ibu saya semakin teruk. Kepalanya pening seperti mahu tumbang dan tidak bermaya, selepas makan terus muntah muntah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Secara umum, penyebab gejala yang anda alami dapat terdiri atas beberapa perkara, seperti:
- Food poisoning
- Gastritis kronik apabila terjadi keradangan lapisan dalam perut
- Gastroesophageal refulx disease (GERD) apabila asid perut naik sehingga melukakan dinding esofagus
- Sembelit
- Irritable bowel syndrome (IBS)sembelisem
Memandangkan ibu anda sehingga muntah-muntah, dikhuatiri ia boleh menganggu pemakanan dan selera makannya hari ini, bagi mengelakkan masalah memburuk, anda harus merujuk doktor. SIlakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.