Sulit
5 tahun
Demam,tekak sakit,badan sakit semua
Saya laki laki dalam 25 an…
Sudah 2 hari inii saya demam,tekak saya sakit,lepas tuu badann sakit semua…
Apakah ini gejala corona doktor…
Mohon jawabannya trimakasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, WHO dan CDC menetapkan bahawa tiga gejala utama novel coronavirus COVID-19 adalah seperti berikut:
- demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
- batuk
- sesak nafas
Namun gejala diatas sahaja tidak cukup untuk menentukan risiko jangkitan tersebut pada anda. Perlu dikaji lanjut riwayat perjalanan anda ke negara China ataupun negara dengan kejadian kes COVID-19 yang tinggi, serta maklumat lanjut tentang riwayat kontak dengan pesakit yang positif COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan untuk merujuk doktor berkaitan coronavirus ini.
Dalam usaha membendung penyebaran virus, KKM telah bekerjasama dengan DoctorOnCall dalam mempersiapkan portal khas untuk merujuk tentang coronavirus di link ini (COVID-19 Portal). Anda boleh mendapatkan konsultasi doktor (Tanya Doktor Pakar KKM) yang tersedia pada jam bekerja secara percuma. Selain itu, anda boleh melakukan kuiz untuk menilai risiko COVID-19 terlebih dahulu. Bagaimanapun sekiranya terdapat kecemasan, sila langsung menghubungi talian kecemasan 999.
Selain coronavirus, jika hanya berdasarkan penjelasan anda, gejala yang anda alami boleh juga disebabkan oleh penyakit lain selain coronavirus, seperti:
- jangkitan virus influenza
- jangkitan saluran pernafasan atas
- sinusitis (akibat jangkitan di rongga tengkorak)
Oleh itu, anda digalakkan untuk merujuk doktor. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































