
Sulit
5 tahun
Doa antibiotik untuk herpes zoster
saya wanita berusia 52 tahun. Mendapat herpes zoster pada kawasan jari tangan kiri dan kawasan kaki. berapa kah dos aciclovir tablet 400mg yang patut saya ambil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, herpes zoster adalah penyakit kulit yang memerlukan diagnosis seorang doktor. Boleh jadi bintik merah di jari tersebut bukanlah akibat herpes. Malah, bintik-bintik merah di kulit boleh timbul akibat banyak perkara seperti:
- kudis buta (scabies)
- insect bites
- contact dermatitis
- jangkitan kuman
Justeru, sebaiknya anda mendapatkan rujukan doktor agar dapat diberikan diagnosis yang benar dan seterusnya diberikan ubat yang sesuai dengan kondisi anda. Tambahan pula, ubat acyclovir adalah ubat terkawal yang mana dos nya diberikan sesuai usia dan darjah kerparahan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.