Sulit
3 tahun
Dubur keluar darah selepas buang air kecil
Selamat petang, doktor.
Saya berumur 39 tahun dan mempunyai penyakit kencing manis. Saya perasan ada titisan darah di toilet bowl yang keluar dari bahagian dubur selepas saya membuang air kecil. Ini pertama kali saya alaminya. Boleh doktor terangkan masalah saya ni? Adakah ianya sesuatu yang serius? Untuk pengetahuan doktor, saya tidak mengalami masalah sembelit.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Masalah pendarahan pada dubur boleh disebabkan oleh masalah serius atau normal. Namun, kami memerlukan maklumat lanjut untuk mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi. Untuk makluman pihak anda, berak berdarah boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor seandainya perdarahan tidak berhenti, terdapat sakit, letih dan sebagainya kerana dikhuatiri terjadi kehilangan darah yang banyak sampai membahayakan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.