
Sulit
4 tahun
Endometriosis / cysts
hi saya berumur 20 tahun dan sdg menerima konsultan dri doktor pakar bgi endometriosis/ ovarian cysts… pada bulan ni, period saya macam biasa dan berakhir seminggu yg lalu… tetapi sy mengalami rasa sakit dibahagian bawah perut pada 2 hari lepas dan terdapat sedikit cecair darah keluar dlm amaun yg amat sedikit… adakah ini berkaitan dgn endometriosis tu jugak ataupun dikira spotting? terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu sakit di bahagian bawah perut yang diiringi dengan cecair darah dalam kuantiti yang sedikit. Untuk makluman anda, berdasarkan jalan cerita yang telah disampaikan, perkara tersebut sememangnya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gangguan kitaran haid atau gangguan organ ovari
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis - Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid - Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar anda, mahupun doktor lain di bidang sakit puan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah