
Sulit
2 tahun
Etopik buang tiub folipio sebelah kanan sudah 2tahun
Selepas pmbedahan etopik 2tahun da brlalu. Sy mkn telor sparoh masak. Apabila mkn,dlm prot sy sakit. Adakah luka dlm prot sy belum sembuh lg? Dam bolehlah sy hamil lgi. Apakah cara utk sy hamil lgi? Mohon penerangan. Trima kasih dktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut sakit setelah makan telur separuh masak boleh disebabkan masalah penghadaman, alahan telur atau keracunan makanan. Tanda-tanda luka pembedahan tidak sembuh atau mempunyai komplikasi ialah sakit yang berpanjangan, demam serta pendarahan dalaman. Anda masih boleh hamil lagi kerana terdapat satu lagi tiub Fallopian dan ovari disebelah kiri. Dan cara untuk hamil adalah meneruskan usaha dengan suami anda tanpa menggunakan apa-apa perlindungan. Namun jika gagal juga, maka suami anda dan anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.