ahmadmdsd
5 tahun
Gastrik angin @ perut berangin sehingga susah bernafas atau sakit dada. Saya agak risau memandangkan salah satu simptom covid-19 adalah kesukaran bernafas. :pensive:
Saya sudah mengalami gastrik angin selama 2 minggu lebih. Saya ada beberapa soalan kepada doktor :
1)Adakah gastrik angin akan menyebabkan kesukaran bernafas & sakit dada?
2)Adakah minum susu boleh memudaratkan lagi gastrik yang saya alami atau akan menjadi lebih baik?
3)Apa perlu saya buat? sebab saya sudah makan ubat yang diberi oleh klinik rasa gastrik sudah berkurangan. Tapi kadang-kadang rasa kembung perut dan sukar bernafas @ sakit dada datang kembali.
- Adakah saya perlu membuat pemeriksaan covid19? kerana diantara simpton covid19 ialah kesukaran bernafas. Saya amat risau doktor.
5)Bagaimana untuk saya pastikan yang saya memang mengalami gastrik angin atau sakit lain? Sebab ini kali pertama saya mengalaminya.
Terima kasih doktor jika sudi menjawab pertanyaan saya. Jawapan doktor amat saya hargai:pray:t2:
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Gastrik boleh menyebabkan ketidakselesaan bernafas dan sakit dada. Terdapat laporan bahawa susu penuh krim akan memudaratkan lagi serangan gastrik. Merujuk kepada gejala sakit perut berangin dan gastrik, kondisi ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gastritis kronik apabila terjadi keradangan lapisan dalam perut
- Gastroesophageal refulx disease (GERD) apabila asid perut naik sehingga melukakan dinding esofagus
- Hiatal hernia yaitu apabila sebahagian dinding perut terkeluar dan timbul melalui satu lubang
- Ulser perut yaitu luka di lapisan dinding perut
Terdapat ubatan yang boleh diberikan untuk mengatasi asid perut yang naik. Akan tetapi, mengkonsumsi ubatan sahaja tidak cukup untuk mengubati penyakit ini. Sebaiknya dilakukan perubahan gaya hidup dan gaya makan untuk meningkatkan efektivitas ubat. Antara beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini adalah:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
- berhenti merokok
Namun, kita perlu melihat samada anda memerlukan ujian saringan COVID-19 atau sebaliknya. Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. oleh itu, Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19).
Anda boleh melakukan pemeriksaan di klinik terdekat untuk mengesahkan keadaan anda dan mendapat rawatan yang sewajarnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































