
Sulit
4 tahun
Gastrik boleh sembuh?
Saya nak tanya doc, gastrik boleh sembuh x? saya asyik2 sendawa je. Ganggu kehidupan saya

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Sakit perut (gastrik) merupakan masalah yang sangat lazim diluahkan oleh masyarakat. Umumnya ia boleh disebabkan oleh 2 jenis gangguan iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapisi dinding perut) atau gangguan yang lebih parah ulser perut (ulser peptik), iaitu gangguan yang menyebabkan luka atau trauma pada lapisan sel yang lebih dalam.
Namun gejala yang dialami juga boleh disebabkan oleh pelbagai jenis gangguan tubuh, antaranya:
- penyakit saluran makan (i.e. GERD, dll)
- pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- efek sampingan dari ubat
- stress otot yang berlebihan
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami. Walau bagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan pakaian tidak terlalu ketat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor secepatnya
DI samping itu, sendawa boleh menandakan gangguan perut kembung yang biasanya berpunca dari tabiat pemakanan yang tidak sihat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.