Idasamsd16
4 tahun
Gastrik dan darah tinggi
Saya nurul berumur 26tahun. Saya alami sakit gastrik 2 minggu makan ubat surut sekejap lepastu sakit semula. Baru ni pergi klinik lagi masa check bp tinggi 147/90. Saya tak pernah ada darah tinggi. Apa yang menyebabkan bp saya naik ya doctor? Sebab sekarang saya agak susah tidur dengan cukup sebab jaga baby saya 3 bulan.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala tekanan darah tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia ini adalah umum dan 1 dalam 3 orang rakyat Malaysia mempunyai penyakit tekanan darah tinggi dan kencing manis akibat diet dan amalan hidup kita yang tidak sihat. Penyakit tekanan darah tinggi ini turut menjejaskan orang muda seperti anda.
Selain itu, jika anda mengambil tekanan darah semasa anda mengalami kesakitan, kemungkinan tekanan ini akan menjadi tinggi akibat kelajuan saluran darah untuk menangani kesakitan ini. Darah tinggi ini juga boleh menyebabkan komplikasi terhadap jantung anda yang boleh digambarkan sebagai sakit gastrik.
Oleh itu, anda disarankan untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor untuk mencari punca yang tepat dan doktor akan merawat dengan punca yang sedia ada. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.