Sulit
3 tahun
Gastrik yang berpanjangan
Saya wanita berusia 18 tahun. saya sudah lama menghidap gastrik diikuti dengan sakit perut sebelum dan selepas makan dan pada bulan lepas saya telah ke klinik. doktor beri ubat gastrik dan buang angin dan doktor sarankan saya untuk membuat ujian endoscopy kerana sudah lama dan juga saya cirit birit tetapi saya belum lagi jalankan. Sekarang rasa gastrik lebih sakit dan berasa sngt pedih serta diikuti dengan muntah air . Kenapa ya doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami dan atas soalan yang ditujukan.
Kami faham kebimbangan anda. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami keadaan seperti yang dinyatakan di dalam ruangan soalan:
- Ulser gastrik
- Refluks asid atau GERD
- Pankreatitis
- Jangkitan usus (gastroenteritis)
- Keracunan makanan
- Penyakit Crohn ataupun ulcerative colitis
- Divertikulitis
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am dan anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Anda juga boleh mendapatkan khidmat konsultasi di atas talian bersama dengan doktor kami. Sila klik (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.