Sulit
3 tahun
Gastrikc seminggu semasa puasa
sy lelaki berusia 35thn…seminggu lepas sy telah pening2 semasa saya berpuasa…lps itu saya pergi jumpa doktor…doktor telahh memberitahu saya kena gastrik…angin gastrik tu naik ke kepala…dah 2 hari saya sudah tidak menng…tapi bacaan bp saya naik 140/98…minta pendapat doktor…
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat langkah-langkah yang dapat diamalkan untuk mengawal penyakit gastrik ini. Rawatan boleh dibahagikan kepada rawatan bukan ubatan serta rawatan ubatan.
Rawatan bukan ubatan terdiri daripada :
- Berhenti merokok kerana merokok akan meningkatkan penghasilan asid dalam perut
- Kurangkan pengambilan alkohol kerana alkohol mengakibatkan keradangan dinding perut
- Mengurangkan pengambilan makanan pedas dan berasid kerana mampu menyebabkan hakisan pada dinding perut
- Menasihati pesakit untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap supaya asid yang dihasilkan setiap kali makan adalah pada tahap optimum
- Kawalan stress yang baik
Rawatan ubatan pula terdiri daripada:
- Ubat antasid . Ubat ini bersifat alkali dan berfungsi untuk meneutralkan asid dalam perut. Contohnya ubat seperti Magnesium Trisilicate serta Aluminium Hydroxide yang dikunyah selepas makan.
- Ubat “H2 blocker” . Ubat ini berfungsi untuk menyekat reseptor H2 pada perut supaya dapat mengurangkan penghasilan asid. Contohnya, ubat ranitidine.
- Ubat “proton pump inhibitor”. Ubat ini berfungsi untuk menghalang sel perut yang berfungsi untuk menghasilkan asid. Contohnya, ubat Pantoprazole dan Omeprazole.
- Ubat antibiotik. Ubat ini berfungsi untuk membasmi kuman H.pylori dalam perut sekiranya dikesan bahawa pesakit dijangkit kuman tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.