zaripviviana11
3 tahun
Gatal di bahagian vagina
Saya start semalam , jadi gatal gatal . Saya guna pencuci sirih , tapi still sama ? Lepas pukul 2 am lebih , gatal gatal tu mula kurang . Tapi masa saya bngun pagi tdi dia gatal balik , boleh terangkan kenapa dan apa punca dia jadi mcm ni ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Gatal kemaluan terdapat banyak sebab termasuklah peluh berlebihan atau tindak balas alergi. Dalam kes lain, ia mungkin disebabkan oleh keadaan kesihatan tertentu. Antara sebabnya ialah:
- Jangkitan kulat
- Gatal-gatal di bahagian vulva (Pruritis)
- Iritasi kulit atau jangkitan kulit pada bahagian kemaluan
- Jangkitan seksual (sexually transmitted infection – STI )
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.

































