
Sulit
4 tahun
Gatal pada celah pungung
saya akan megunakan tuala wanita kotex semasa period , tiba2 saya terasa amat gatal pada kemaluan saya ,mulanya saya cuba tukar secara kerap pad pada hari itu , tp bila gatal makin teruk baru lah saya tahu puncanya adalah pad kotax . Tp lebih teruk lagi gatal itu melarat sehingga sekrg sehinga meninggalkn parut pada celahan pungung saya
doctor tolong la saya! Apa patut saya buat semua ubat saya dh cuba tp tk dpt betahan lama

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kegatalan di celah punggung. Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
• Alahan kepada bahan pencuci seperti sabun, jenis tuala wanita
• Tidak membasuh dengan bersih selepas buang air
• Anal fissures atau kulit pecah di bahagian dubur
• Buasir
• Anal fistula, iaitu saluran tidak normal yang menyebabkan kebocoran tahi di bahagian dubur
• Perianal abscess, iaitu nanah di bahagian dubur
• Skin tags atau tag kulit
• Anal warts iaitu ruam yang disebabkan oleh jangkitan human papilloma virus (HPV)
• Jangkitan cacing, kulat atau bakteria
Untuk mengetahui rawatan yang tepat bagi mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui. Sekiranya anda mendapati tuala wanita yang anda digunakan tidak bersesuaian dengan anda, anda digalakkan untuk menukar jenis tuala wanita yang dipakai. Selain itu, anda digalakkan untuk sentiasa menukar tuala wanita anda dengan kerap (disyorkan setiap 6 jam) ketika anda datang haid, bagi mengekalkan kebersihan kelamin.
Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat memerlukan maklumat serta pemeriksaan lanjut. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan jika masalah ini berlarutan dan mengganggu aktiviti anda untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.