
Sulit
5 tahun
Gatal2 di kawasan lengan
Hi, saya berumur 36 dah telah pun di diagnos menghidapi penyakit sifilis dgn bacaan result darah 256. Doktor telah pun memberikan sy suntikan pd hari sy terima keputusan darah tersebut (julai 2019). Sekarang, September 2019, di area lengan saya ada timbul gatal2 bintik2 seperti ruam. Di bhgn leher juga kerap gatal. Pd hari sy menerima suntikan penisilin, sy ada bertanya pd doktor, suntikan ini perlu diambil lagi atau tidak. Beliau balas “tidak perlu”. Sekali itu shj sudah cukup tetapi sy perlu kawal activiti sy spt hbgn kelamin dan lain2 yg boleh mnyebabkan virus itu actuve semula.
Soalan sy: adakah gatal2 itu salah satu simptom atau berkaitan dgn sifilis yg sy alami? Fyi ujian darah sy positif utk sifilis shj. HIV negative.
Sejak dr menerima suntikan, sy tidak melakukan sex dgn sesiapa. Hanya melancap sndr. Tetapi sy ada mengambil/menghisap syabu tanpa melibatkan org lain. Hanya utk keperluan bekerja. Adakah syabu boleh mngaktifkan semula virus ini? Sy tidak ambil kerap. Jika perlu kerja berat shj/syif malam.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda sifilis boleh menyebabkan ruam di badan tetapi selalunya tidak gatal.
- Alahan pada ubat
- Jangkitan kulat
- Gigitan serangga
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis; alahan pada bahan kimia seperti pencuci
- Psoriasis
Sifilis akan diaktif apabila sistem imun badan lemah. Hal ini boleh disebabkan beberapa faktor seperti ubat, jangkitan kuman dan sebagainya. Terdapat beberapa kajian yang mengatakan syabu boleh melemahkan imun badan. Oleh kerana itu, bagi mengelak reaktif sifilis, anda dinasihatkan mengelak daripada melakukan perkara yang menyumbang kepada sistem imun yang lemah.
Untuk mengetahui punca masalah kegatalan ruam yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.